Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Wang Kertas Malaysia

Wang kertas yang digunakan sekarang adalah wang kertas yang diperkenalkan pada awal tahun 2012 iaitu kira-kira 9 tahun yang lalu. Setiap wang kertas ini mempunyai motif dan ciri-ciri tersendiri.




Wang Kertas RM100 ini bermotifkan Keajaiban Alam yang terdapat di Malaysia. Ia mengambarkan 2 lokasi dimana telah mendapat pengiktirafan daripada badan warisan dunia iaitu UNESCO.

Gambar ini yang berada dalam wang kertas ini ialah Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Api di Sarawak.




Wang kertas RM 50 ini pula bermotifkan Pertanian dan Teknologi dan lebih jelasnya bermotifkan kelapa sawit dan bioteknologi.  Minyak sawit diambil sebagai ikon dalam wang kertas ini untuk menggambarkan kepentingan minyak sawit ini kepada negara. 

Negara juga merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar dunia.  Seterusnya, bioteknologi juga antara bidang yang banyak memacu kejayaan negara dalam transformasinya. Bidang ini semakin mengambil tempat dan dalam proses perkembangan dalam industri dan ekonomi di negara ini.






Wang kertas RM20 ini pernah digunakan dahulu dan dihentikan penggunaannya. Kini kembali dengan wajah baru yang bermotifkan Hidupan Laut.  Dua ikon utama yang digunakan ialah Penyu Karah dan Penyu Belimbing. Kehadiran dua ekor penyu ini mengambarkan keseimbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut di perairan Malaysia.






Wang kertas RM10 ini antara wang kertas yang banyak mengalami pembaharuan. Wang kertas ini bermotifkan Flora yang terdapat di Malaysia. Bunga Raflesia menjadi ikon utama dalam wang kertas ini.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dijumpai dalam Hutan Simpan Diraja Belum di Perak pada 2003 ini dinamakan sempena nama sultan Perak iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin  Shah Ghafarullahu-Lah.





Wang kertas RM5 ini pula dihasilkan menggunakan bahan polimer dan bermotifkan Hidupan Liar. Burung Enggang Badak menjadi ikon utama yang mana burung ini merupakan spesies Enggang yang terbesar dan menggagumkan di dunia. 


Burung ini juga merupakan simbol kepada negeri Sarawak yang dikenali sebagai "Bumi Kenyalang".





Wang kertas RM1 ini juga diperbuat daripada polimer. Mungkin kerana penggunaanya yang banyak. Bermotifkan Permainan Tradisional iaitu permainan Wau yang terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. 

Wau Bulan dijadikan ikon utama dek kerana paling terkenal dan banyak digantung di dinding-dinding rumah rakyat Malaysia.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama