5 Makanan Paling Mahal di Dunia

 1. Kulat Cordyceps



kulat cordyceps



Kulat cordyceps adalah makanan herba di mana kulat yang membunuh dan tumbuh pada ulat beluncas. Kulat ini hanya tumbuh di ketinggian melebihi 14 000 kaki di pergunungan Himalaya Bhutan dan Tibet.

Harganya boleh mencecah USD 30 bagi 1 gram iaitu kira-kira RM125 bagi 1gram atau RM125,000.00 sekilogram!


2. Kaviar Albino

kaviar



Kaviar adalah telur daripada ikan Sturgeon. Pada kebiasaannya, kaviar ini berwarna hitam. Walau bagaimanapun, kaviar putih ini diambil daripada ikan Sturgeon jenis albino.

Menurut Guiness Book of World Recors, kaviar paling mahal di dunia dalam rekod ialah kaviar Almas dari sturgeon albino Beluga yang sangat jarang dan sangat tua (usia antara 60 dan 100 tahun). 

Kaviar putih keemasan yang unik ini dijual pada harga kira-kira USD 34,500 sekilogram iaitu RM144, 175 sekilogram!


3. Safron

saffron



Safron adalah antara rempah termahal didunia. Satu paun (450g) rempah safron ini memerlukan kira - kira 75,000 bunga safron, yang mana hanya mekar beberapa minggu setahun.

Harga rempah safron yang asli boleh mencecah lebih USD 10,000 bagi sekilogram iaitu kira-kira RM41,790.00 sekilogram!


4. Wasabi

wasabi



Wasabi yang lazim dimakan bersama-sama sushi biasanya dihasilkan daripada lobak kuda, pemanis dan pewarna makanan.

Wasabi yang segar sebenarnya susah untuk didapatkan kerana sangat sukar untuk ditanam secara komersil.

Harga bagi wasabi segar boleh mencecah sehingga USD 250 sekilogram iaitu kira-kira RM 1,044.00 sekilogram!


5. Durian Mon Thong




Durian Mon Thong adalah durian dari Thailand yang menjadi persaingan kepada durian Musang King di Malaysia.

Pada 2019, durian Mon Thong bergred tinggi pernah dilelong pada harga USD 48,000 sebiji iaitu RM200,592.00 sebiji!



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama